suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drinkwater Sertai Chelsea

CHELSEA telah menandatangani kontrak dengan pemain antarabangsa England, Danny Drinkwater dari Leicester City, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi Jumaat.

Drinkwater, 27, menjadi pemain keenam yang menandatangani perjanjian dengan kelab itu selepas Willy Caballero, Antonio Rudiger, Tiemoue Bakayoko, Alvaro Morata dan Davide Zappacosta.

Pemain antarabangsa England itu menandatangani kontrak lima tahun untuk berada di Stamford Bridge.

"Saya gembira menjadi pemain Chelsea dan tidak sabar untuk bermula," kata pemain tengah itu kepada laman web rasmi kelab.

“Untuk tiba ke sini ia adalah satu perjalanan panjang tetapi saya amat gembira dan saya tidak sabar untuk membantu kelab memenangi lebih banyak trofi."

Drinkwater, yang menceburi bidang bola sepak melalui sistem pemain muda Manchester United, memenangi tiga gelaran di England sejak membuat penampilan antarabangsa pertamanya pada Mac 2016. -Eurosport

Danny Drinkwater

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rossi Patah Kaki

Artikel Lain