suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Bayern Munich Untuk Dipinjam

MANCHESTER United diberi peluang untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Bayern Munich yang pernah menjadi sasaran kelab itu secara pinjaman.

Selain United, Liverpool dan Chelsea juga diberi tawaran jika mahukan, Renato Sanches yang bernilai €35 juta itu.

Pemain Portugal itu membuat 25 penampilan sepanjangh musim lalu dengan menjaringkan satu gol dan tujuh bantuan gol.

Carlo Ancelotti pada minggu lalu mengakui bahawa Bayern tidak mempunyai sebarang masalah jika Sanches ke kelab lain sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.

Football Italia melaporkan, Bayern sedia melepaskan Sanches secara pinjaman kerana mereka tidak perlukan pemain tersebut lagi.

Jose Mourinho dikatakan antara jurulatih yang meminati pemain berusia 19 tahun berkenaan.

Artikel Lain