suria

Kesuntukan Masa, Conte Rayu Pemain Baharu

ANTONIO Conte mendesak badan yang mengelola Chelsea untuk menyelamatkannya daripada mimpi ngeri September ini melalui perpindahan major sebelum tingkap perpindahan ditutup dalam tiga tempoh tiga hari lagi.

Chelsea bermain dalam 22 perlawanan selama 22 hari selepas masa rehat antarabangsa dan walaupun melakar kemenangan demi kemenangan, Conte meramal pasukan akan berdepan masalah besar tanpa penyertaan pemain baharu.

Jurulatih dari Itali itu mahu tiga pemain lagi termasuk bintang Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain dan pemain Leicester City, Danny Drinkwater yang menjadi sasaran utamanya.

"Jangan lupa, kita perlu bermain dalam tujuh perlawanan pada bulan depan.

"Saya perlu pemain baharu kerana ia amat sukar untuk beraksi dalam tempoh sebulan dengan pemain yang ada.

"Kelab ini sedang berusaha keras untuk menguatkan pasukan. Mereka amat tahu tentang keadaan sebenar.

"Tapi saya bersedia untuk sebarang kemungkinan dan teruskan bekerja dengan pemain yang ada," kata Conte.

Tambah Conte: "Saya seorang jurulatih, bukan pengurus. Saya fikir saya menjalankan tugas terbaik ketika memberi latihan tapi apabila anda mahu menguatkan pasukan, anda harus memberi pendapat."

"Kelab perlu berada dalam pasaran perpindahan untuk cuba mencari jalan penyelesaian. Untuk cuba membantu pasukan," jelas Conte. - Daily Mail

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain