suria

Mourinho Tak Mahu Dipuji

Jose Mourinho. -fotoREUTERS

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho melihat ketiga-tiga pemain gantinya telah memberi sumbangan terhadap gol yang membawa kemenangan 2-0 mereka ke atas Leicester City.

Dia bagaimanapun dengan pantas menolak pujian terhadap langkah taktikal yang telah dirancang dalam perlawanan itu.

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan tiga minit selepas dimasukkan dan Jesse Lingard serta Marouane Fellaini bergabung untuk mencatatkan gol kedua bagi melengkapkan kemenangan ketiga berturut-turut United dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Pemain-pemain yang sangat baik," kata Mourinho, apabila dia dikatakan telah membuat satu penggantian yang bijak.

"Ini mengenai kualiti pemain kerana mereka bagus. Tidak mengapa jika mereka datang dari bangku simpanan kerana kumpulan ini memang mantap.

"Saya sangat gembira. Bukan untuk diri saya, bila kami membuat perubahan, ia sentiasa menjadi satu pertukaran tepat. Saya gembira untuk mereka, untuk Marouane, Jesse dan Marcus," katanya.

"Jika saya tidak mempunyai mereka di bangku simpanan, saya tidak boleh membuat satu perubahan yang berjaya. Para pemain bekerja keras dan mereka yang tak bermain, yang berada di bangku simpanan atau di tempat duduk, juga bekerja keras dan menunggu peluang," katanya.

Bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea itu berkata, permulaan pasukannya yang sangat baik untuk musim ini, dengan 10 gol dan tiga 'clean sheet' menunjukkan hasil persiapan kelab yang sangat baik.

"Kami menjalani pra-musim yang sangat baik, kami bekerja dengan baik, kami berada dalam situasi yang baik untuk bekerja bersama.

"Kami bermain menentang pasukan yang baik, pasukan terbaik di Eropah (Real Madrid) dua kali. Pra-musim adalah sangat lengkap dan kemudian kami memulakan Liga Perdana dan kami bermain dengan bagus," katanya. -EuroSport

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain