suria

Barca Menang, Messi Catat Gol Ke-350

-fotoREUTERS

LIONEL Messi mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya pemain yang berjaya mencecah 350 gol dalam saingan La Liga.

Messi telah menjadi penjaring utama sepanjang zaman di La Liga selama beberapa tahun yang mana rekod sebelum ini dipegang oleh Telmo Zarra, dengan koleksi 251 gol.

Ketika Barcelona menang 2-0 ke atas tuan rumah Deportivo Alaves dalam perlawanan La Liga, awal pagi Ahad, Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah La Liga untuk mencatatkan gol ke-350.

Pada masa ini, penjaring terbanyak kedua di La Liga adalah Cristiano Ronaldo.

Pemain Real Madrid ini telah melepasi rekod Zarra pada musim lepas dan kini mengumpul 285 gol.

Disebabkan usianya dua tahun lebih tua daripada Messi, peluang Ronaldo untuk menyamai atau mengejar rakannya itu dilihat minimal.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mendizorroza itu, Messi meledakkan dua gol iaitu pada minit ke 55 dan 66 untuk memberi kemenangan buat Barcelona.

Messi berpeluang melakukan hatrik jika sepakan penaltinya pada minit ke-39 tidak digagalkan oleh Fernando Pacheco.

Kemenangan ini adalah yang kedua untuk kelab pada musim ini, dengan Messi mengumpul 351 gol peribadi setakat ini.

Ketika babak pertama, Alaves cuba menembusi pertahanan lawan melalui penyerang Oscar Romero dari sayap kanan.

Alaves mempunyai peluang apabila umpan silang pemain sayap Alfonso Pedraza mengarah kepada Ruben Sobrino pada minit ke-12, tetapi sayangnya bola tersasar.

Sobrino kembali mengancam gawang Barcelona pada minit ke-31 tetapi mampu diselamatkan penjaga gol Barcelona Ter Stegen.

Barcelona mendapat hadiah penalti apabila Gerard Pique dijatuhkan oleh Rodrigo Ely pada minit ke-38 tetapi gagal disempurnakan Messi. -ESPN

Lionel Messi

Artikel Sebelum

Mourinho Tak Mahu Dipuji

Artikel Berikut

Artikel Lain