suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Temui Pengganti Conte?

CHELSEA dilaporkan berminat untuk melantik pengurus baharu dari Jerman.

Sport Bild, media Jerman melaporkan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dalam proses membawa Thomas Tuckel ke London bagi menggantikan Antonio Conte.


Turut dilaporkan, timbul konflik antara Conte dan jawatankuasa kelab berkaitan dengan bajet pemindahan di Stamford Bridge yang diberikan kepada pengurus itu.

Granovskaia merupakan individu yang membawa masuk penyerang Sepanyol Diego Costa yang dibuang Conte musim ini, dan pemain itu mahu berpindah ke Atletico Madrid.

Turut dilaporkan hubungan Granovskaia dan Conte agak tegang serta percaya Tuckel adalah orang yang paling sesuai kerana mementingkan pemain-pemain muda.

Tuckel menghabiskan masa selama dua tahun di Dortmund, dan meninggalkan kelab itu musim lalu sebaik sahaja menjulang trofi Piala Jerman.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Lain