Coutinho: Liverpool Tak Endah Bidaan Barca - Sukan | mStar

Coutinho: Liverpool Tak Endah Bidaan Barca

LIVERPOOL tidak menerima bidaan terbaharu Barcelona terhadap Philippe Countiho yang dipercayai bernilai 113 juta pound sterling.

Barca memberikan Liverpool tempoh masa sehingga 7 petang Ahad untuk menerima tawaran baharu yang dikemukakan pada Jumaat.

Menurut Daily Mail, Liverpool tidak mengendahkan bidaan lumayan itu dan membiarkan tempoh masa yang diberikan berlalu begitu sahaja.

Malah The Red tidak memberikan sebarang maklum balas kepada Barca selepas tempoh diberikan itu.

Ia sudah cukup memberi gambaran kepada Barca bahawa Liverpool enggan melepaskan Coutinho.

Coutinho sudah pun terlepas tiga aksi pertama bersama Liverpool musim ini.

Pemain Brazil itu turut mengemukakan permohonan untuk berhijrah ke kelab lain tetapi ditolak oleh Liverpool.

Philippe Coutinho

Artikel Sebelum

Messi Pertimbang Tawaran City

Artikel Berikut

"Hari Ini Saya Lihat Pejuang" - Conte

Artikel Berkaitan

Neymar Dedah Derita Coutinho

Liverpool Setuju Lepaskan Coutinho

Lebih Artikel

Yun Peng anak baik, dengar kata...