suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Tawar Oxlade-Chamberlain Kontrak Baharu

ARSENAL menawarkan Alex Oxlade-Chamberlain kontrak baharu selama empat tahun bernilai 125,000 pound sterling seminggu.

Menurut laporan The Star, pemain tengah itu berminat untuk menyertai Chelsea yang mengemukakan tawaran sebanyak 40 juta pound sterling terhadap Arsenal.

Namun di sebalik khabar angin itu, Arsenal yakin Oxlade-Chamberlain akan terus komited bersama pasukan tersebut dengan tawaran baharu berkenaan.

Pemain berusia 24 tahun itu termasuk Alexis Sanchez dan Mesut Ozil kini berada pada tahun terakhir kontrak mereka.

Mereka boleh meninggalkan Arsenal secara bebas pada musim panas tahun depan jika tidak menandatangani kontrak baharu.

Kini, Arsenal berdepan tugas berat untuk meyakinkan Sanchez untuk kekal lebih-lebih lagi selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Stoke pada Sabtu lalu.

Alex Oxlade-Chamberlain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain