suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic Sudah Sembuh

ZLATAN Ibrahimovic menunjukkan kemahiran seni mempertahankan diri pada Ahad sekali gus memberi bayangan bahawa kecederaannya semakin pulih.

Sebelum ini Ibrahimovic dikhuatiri tidak boleh beraksi semula selepas bergelut dengan kecederaan lutut yang serius ketika Manchester United menundukkan Anderlecht pada aksi Liga Europa, April lalu.

Namun pemain berusia 35 tahun itu membuktikan dia kini pulih sepenuhnya daripada keceraaan lutut yang serius.

Ia sekali gus memberi petanda positif kepada Jose Mourinho bahawa United sudah boleh mendapatkan semula khidmatnya bulan ini.

Ibrahimovic memuatnaik video di laman Instagram menunjukkan dia sedang menendang beg tinju.

"Lutut yang mana," tulisnya pada kapsyen video itu.

Bekas bintang Paris Saint Germain (PSG) itu yang mempunyai 27 juta pengikut di Instagram, memperoleh tali pinggang hitam dalam sukan tekwando ketika berusia 17 tahun.

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Lain