suria

Atletico Madrid Sedia Tawaran Buat Costa

Diego Costa. Foto AP

ATLETICO Madrid bersedia untuk menawarkan sehingga £50 juta (RM276.29 juta) kepada Chelsea buat Diego Costa dalam usaha untuk memecahkan kemelut yang membabitkan penyerang itu.

Costa dilihat berlatih bersendirian di kampung halamannya di Lagarto, Brazil.

Pemain berusia 28 tahun itu menegaskan beliau tidak bercadang untuk kembali ke London melainkan hasratnya untuk menyertai Atletico tertunai.

Chelsea mendenda Costa dengan tidak membayar gajinya lebih £300,000 (RM1.66 juta) kerana tidak mengikut latihan dan terus akan melaksanakan 'hukuman' itu sekiranya pemain tersebut tidak kembali ke Stamford Bridge.

Kelab tersebut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Costa sekiranya terus menjauhkan diri.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Costa mendakwa Chelsea telah menjejaskan prospek kerjaya pemain itu dan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan.

Difahamkan, Atletico sedia menawarkan £41 juta (RM226.56 juta) dengan tambahan £9 juta (RM49.73 juta) yang mewakili keuntungan kepada bayaran £32 juta (RM176.83 juta) untuk Costa tetapi ia masih berkurangan daripada penilaian awal mereka £60 juta (RM331.56 juta). 

Atletico kini berdepan dengan larangan pengambilan pemain sehingga jendela perpindahan Januari. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain