suria

Empat Tahun Untuk Chelsea - Conte

Antonio Conte. Foto Reuters

ANTONIO Conte berkata, beliau memerlukan empat tahun untuk membina semula kejuaraan Chelsea.

Walaupun pengurus Chelsea itu berjaya memperoleh gelaran juara Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya menerajui kelab berkenaan tetapi beliau percaya pencapaian tersebut dilakukan atas dasar yang belum kukuh.

Conte menegaskan bahawa lebih banyak masa diperlukan bagi memastikan Chelsea boleh mencabar pesaing-pesaing utamanya.

"Kita memerlukan masa," katanya pada Jumaat.

"Empat tahun? Mungkin. Untuk mencapai dan dan berjuang dalam Liga Juara-Juara, untuk berusaha menjadi yang terbaik di dunia, anda memerlukan masa," ujar Conte. - Mail Online

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain