suria

Danny Rose Tak Minat Chelsea, Berangan Ke United

Danny Rose

DANNY Rose telah dikaitkan dengan perpindahan dari Tottenham Hotspur awal bulan ini tetapi nasib dan masa depan pemain England ini masih belum dapat dipastikan.

Rose dilaporkan mahu menyertai Manchester United musim panas ini dan dia kelihatan semakin terdesak untuk berhijrah apabila mengetahui Jose Mourinho berminat mahu mendapatkannya.

Chelsea juga berminat untuk menandatanganinya, tetapi sayangnya pemain itu dia tidak berminat untuk berpindah ke Stamford Bridge.

Tetapi, walaupun Rose berminat untuk berpindah ke Old Trafford, Spurs enggan untuk menjualnya dan perkara itu telah dinyatakan kepada Jose Mourinho.

Pengerusi Spurs Daniel Levy dan lembaga pengarah bimbang penjualan Rose akan menimbulkan tekanan yang tidak baik terhadap pemain lain.

Pemain itu telah mencetuskan kekecohan minggu lalu dengan menyatakan kelab itu tidak bercita-cita tinggi dan dia terbuka untuk menerima tawaran dari mana-mana kelab.

Chelsea, yang berdepan Spurs di Wembley pada Ahad, kini bersedia untuk menawarkan £50 juta untuk Rose, tetapi pemain itu difahamkan masih cenderung menyertai United. -dailystarUK

Danny Rose

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain