suria

Barca Setuju Beli Dembele

BARCELONA bersetuju pembayaran pendahuluan sebanyak 90 juta pound sterling dengan Borussia Dortmund untuk memuktamadkan perpindahan Ousmane Dembele.

Diario Sport berkata rundingan itu menunjukkan hasil positif selepas kedua-dua kelab bersetuju dengan bayaran tersebut meskipun masih ada beberapa syarat tambahan perlu dibincangkan.

Gambar Dembele sedang memuatkan beg pakaian ke dalam sebuah kereta jenis Mercedes di luar kediamannya di Dortmund dengan bantuan beberapa rakan berjaya dirakam.

Barcelona begitu terdesak untuk mencari pengganti Neymar yang menyertai Paris Saints-Germain dengan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling awal bulan ini.

Menyedari situasi semasa pasukan, Barca amat memerlukan khidmat Dembele yang menjaringkan 10 gol untuk Dortmund musim lalu.

Menurut Diario Sport, syarat tambahan yang dipercayai bernilai 27.2 juta pound sterling termasuk gol yang dijaringkan, penampilan dan trofi yang dimenangi sebaik sahaja Dembele tiba di Nou Camp.

Ousmane Dembele, Barcelona

Artikel Sebelum

Jadual Sukan SEA Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Lain