Bale Akan Sertai United - Ronaldo - Sukan | mStar

Bale Akan Sertai United - Ronaldo

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo percaya Gareth Bale akan meninggalkan Santiago Bernabeu untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini.

Red Devils sering dikaitkan dengan pemain kelahiran Wales itu dan Jose Mourinho pernah berkata kepada Bale:"Saya tak boleh beli anda kerana anda tidak bercakap dengan saya sejurus selepas pertembungan pra musim dengan Real Madrid.

"Harapan Mourinho untuk mendapatkan Bale nyata tipis selepas pemain itu mengumumkan dia mahu kekal bersama Real Madrid selepas pasukan tersebut memenangi Piala Super.

Namun, Daily Mail mendakwa Ronaldo yakin Bale akan berhijrah ke Old Trafford pada musim panas ini dan terkejut dia menolak tawaran Mourinho.

United masih belum berputus-asa terhadap Bale tetapi secara realistiknya mereka perlu menunggu sehingga musim panas yang akan datang untuk menyempurnakan perpindahan tersebut.

Mourinho dilaporkan berpuas hati dengan senarai pembelian United pada musim panas ini walaupun hakikatnya dia mahukan empat pemain lagi daripada naib pengerusi eksekutif, Ed Woodward.

Usaha untuk mendapatkan pemain sayap Inter Milan, Ivan Perisic masih menemui jalan buntu dan dia mungkin menandatangani kontrak baharu di San Siro.

Namun kemenangan bergaya 4-0 ke atas West Ham pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris musim ini sudah cukup membuktikan kepada Mourinho bahawa dia tidak perlu lagi pemain baharu.

Gareth Bale , Manchester United

Artikel Sebelum

Barca Setuju Beli Dembele

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain