suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gareth Bale Cuba 'Goda' Jose Mourinho

GARETH BALE dikesan cuba 'menggoda'  Jose Mourinho selepas perlawanan Super Cup yang menyaksikan Real Madrid menang 2-1 ke atas Manchester United.

Walaupun diturunkan sebagai pemain utama dalam perlawanan itu namun Bale tidak terlepas untuk menarik perhatian Mourinho selepas pengendali United berkenaan mengakui ingin mendapatkan khidmatnya.

Mourinho sebelum ini mengakui sediakan mendapatkan Bale jika pemain berkenaan tidak diturunkan dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, Metro.co melaporkan, Bale cuba bermain mata dengan Mourinho bagi menarik perhatian jurulatih kelahiran Portugal tersebut.

Malangnya, godaan itu tidak dipedulikan Mourinho yang lebih memberi perhatian kepada pemain dan penyokong United selepas perlawanan.

Selepas penyerahan piala, Bale, 28, berkata," Saya fikir mereka benar-benar berada di landasan betul apabila membawa Mourinho, dia telah menaikkan semula kelab itu.

"Mereka telah menang kembali beberapa piala musim lalu dan telah membawa semula apa yang mereka ada sebelum ini.

"Mereka membuatkan perlawanan ini menjadi sukar dan tiada alasan lagi untuk mereka memberi tentangan sengit dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini," katanya kepada pemberita.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain