suria

Dua Sebab Chamberlain Mahu Sertai Chelsea

ALEX Oxlade-Chamberlain terbuka untuk menyertai seteru Arsenal, Chelsea pada musim panas ini.

Spekulasi itu dihangatkan dengan dakwaan Antonio Conte sanggup mengemukakan bidaan sekitar 35 juta pound sterling terhadap Chamberlain.

Conte dikatakan amat mengagumi pemain berusia 23 tahun itu dan berharap untuk membawa masuk Chamberlain ke Stamford Bridge sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

Penyerang kelahiran England itu masih mempunyai baki kontrak selamat setahun di Emirates.

Namun Arsene Wenger menegaskan mahu mengekalkan Chamberlain tetapi kecewa dengan kenyataan pemain tersebut yang menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Chelsea.

Chamberlain sudah tentu tidak akan menolak tawaran daripada Chelsea atas dua sebab.

Pertama kerana dia berpotensi untuk mendapatkan gaji lebih tinggi dan boleh beraksi di pentas Liga Juara-Juara.

Dalam satu temubual menjelang aksi bertemu Leicester City pada kempen pembuka tirai Liga Perdana Inggeris, Wenger berkata:" Saya fikir kariernya berdepan dengan pengalaman yang teruk akibat beberapa kecederaan kecil. Tahun lepas dia lebih stabil.

"Secara peribadi dia pemain berbakat. Dia boleh meningkat naik kerana potensi yang dimilikinya," kata Wenger.

Alex Oxlade-Chamberlain, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain