suria

United Tolak Isco Kerana 'Kepala Besar'

MANCHESTER United menolak peluang untuk mendapatkan khidmat pemain sensasi Real Madrid Isco kerana menyifatkan saiz kepalanya amat besar untuk keadaan fizikalnya.

ESPN mendedahkan dia nyaris menjadi salah seorang pemain United.

Red Devils pernah mengintai Isco semasa dia bersama Malaga sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2013.

Bekas pengendali United, Sir Alex Ferguson merupakan individu yang bertanggungjawab membatalkan hasratnya untuk membawa masuk Isco ke Old Trafford.

Ferguson dilaporkan sebagai berkata:"Isco amat bagus tetapi tidak cukup pantas dan kepalanya amat besar untuk keadaan fizikalnya.

Isco berjaya membantu Real Madrid menundukkan United pada aksi Piala Super Eropah di Philip II Arena, Skopje, awal pagi Rabu selepas meledak gol kedua pada minit ke-52 selepas Los Blancos mendahului menerusi gol Casemiro.

Pengurus United, Jose Mourinho mengakui pemain tengah Real yang diterajui Isco, Toni Kroos dan Luka Modric terlalu hebat.

"Pemain tengah Real Madrid tiada tandingan. Tiada replika kepada Mordic, Toni Kroos, Isco dan Casemiro. Jadi mereka begitu kuat dan cara mereka menggerakkan bola amat sukar," kata Mourinho.

Isco, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Barcelona Gigit Jari

Artikel Lain