suria

Tajaan KL2017 Lebih Sasaran

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan berpuas hati dengan jumlah tajaan Sukan SEA (KL2017) yang diterima setakat hari ini.

Khairy Jamaluddin memberitahu, jumlah keseluruhan tajaan sebelas hari sebelum KL2017 bermula ialah RM101.535 juta.

"Penajaan setakat ini sudah 126 peratus melebihi seratus peratus sasaran sebenar.

"Sasaran sebenar adalah RM80 juta," ujarnya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Lagu Tema dan Arca Rimau 2017.

Jelas Khairy, keseluruhan tajaan tersebut mungkin dianggap muktamad biarpun pintu bagi pihak yang ingin terus menaja tidak ditutup terus.

"Kita memikirkan pulangan maksimum pihak penaja. Mungkin susah untuk memasukkan logo atau jenama mereka kerana percetakan sudah dibuat.

"Bagaimanapun saya amat berpuas hati dengan jumlah yang dikumpul," katanya. 

Sebelum ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) melengkapkan jumlah keseluruhan penglibatan 40 syarikat yang menaja KL2017 yang terdiri daripada enam penaja platinum, enam emas, sembilan perak dan 18 gangsa.

Terkini, Pavillion tampil sebagai penaja perak iaitu kategori tajaan antara RM1 juta hingga RM 3 juta.

Ia merangkumi wang tunai, barangan dan sokongan pemasaran untuk mempromosikan jenama KL2017.

Artikel Lain