suria

Meulensteen Buka Rahsia Ferguson Di United

BEKAS jurulatih skuad utama Manchester United mendedahkan empat kunci kejayaan sepanjang Sir Alex Ferguson berada di Old Trafford.

United merangkul 13 trofi juara Liga Perdana Inggeris, lima juara Piala FA dan dua gelaran Liga Juara-Juara sepanjang tempoh 27 tahun 'pemerintahan' Ferguson.

Rene Meulensteen yang turut berada dalam skuad jurulatih utama Ferguson ketika musim 2007-2013 membuka rahsia perjalanan kejayaan mereka.

Rene Meulensteen

Jurulatih dari Belanda berusia 50 tahun meninggalkan kelab itu selepas David Moyes dilantik menjadi pengurus baharu.

Menurut Meulensteen kepada Trainingground.guru: "Sasaran muktamad adalah untuk menang, tetapi Sir Alex mahukannya (menang) dengan gaya berbeza.

"Saya masih ingat ketika dia memanggil masuk ke pejabatanya ketika dilantik menjadi jurulatih bagi skuad utama. Dia memegang kertas dan berkata, "Dengar Ren -saya tidak perlu memberitahu bagaimana untuk melaksanakan tugas kerana kamu tahu semuanya. Tetapi saya mahu ulang apa yang ingin saya lihat.

"Penguasaan adalah penting, tetapi perlu sentiasa ada tujuan.

"Apabila kita serang, saya mahu lihat langkah seterusnya, konsisten, ketajaman dan sukar diduga.

"Empat perkara ini kamu perlu ada dalam pasukan setiap kali menjalani sesi latihan."

Meulensteen yang kini menguruskan Kerala Blasters dalam Liga Super India mengakui bekas kelabnya itu agak sukar selepas peninggalan Ferguson.

Bagaimana pun, dia yakin pengurusan baharu di bawah Jose Mourinho menampakkan hala tuju yang betul.

Artikel Lain