suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Chelsea Umum Bercerai

PEMILIK kelab Chelsea mengumumkan perceraian dengan isteri ketiganya selepas sepuluh tahun hidup bersama.

Roman Abramovich mengumumkan berpisah dengan isterinya, Dasha Zhukova yang dijangka menjadi perceraian termahal dunia.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka memberitahu akan terus bekerjasama dalam perniagaan serta menjaga dua anak mereka.

Abramovic mengahwini Zhukoza pada tahun 2008 dan merahsiakan daripada pihak umum selama enam tahun.

Hartawan Rusia berusia 50 tahun itu dianggarkan bernilai 7 bilion dan manakala isterinya merupakan editor sebuah majalah berusia 36 tahun.

Mereka dilaporkan mencapai persetujuan bersama untuk berpisah selepas seminggu Abramovich dilihat menghadiri sebuah majlis tanpa kehadiran Zhukova di St Petersburg.

Manakala isterinya ketika itu berada di New York meluangkan masa makan malam bersama teman lelaki model terkenal Karlie Kloss- Joshua Kushner.

Dia turut menyambut hari lahir bersama dua anaknya dan dilihat tidak memakai cincin perkahwinan pada 8 Jun lalu.


Laporan Page Six mendedahkan kenyataan mereka: "Selepas sepuluh tahun hidup bersama, kami berdua membuat keputusan sukar untuk berpisah, tetapi akan kekal sebagai kawan baik, ibu bapa dan rakan perniagaan yang dibangunkan bersama.

"Kami komited untuk menjaga dua anak bersama."

Sebagai rekod, Abrahimovic menyelesaian perceraian keduanya, Irina Vyacheslavovna Malandina pada tahun 2007 dengan nilai 150 juta pound yang dianggap kos keempat termahal di dunia ketika itu.

Chelsea, Roman Abramovic

Artikel Lain