suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cinta Tiga Segi, Rodriquez Berpisah Dengan Isteri

PEMAIN tengah Bayern Munich James Rodriguez berpisah dengan pasangannya selepas enam tahun bergelar suami isteri.

Pemain pinjaman dari Real Madrid itu disahkan berpisah dengan Daniela Ospina yang merupakan adik kepada penjaga gol Arsenal, David.

Menurut laporan media di Colombia dan Sepanyol bahawa Rodriguez terlibat dalam cinta tiga segi bersama seorang model, Helga Lovekaty.

Laporan Marca memberitahu, hubungan cinta bersama Lovekaty itu merupakan punca utama untuk dia menamatkan perkahwinannya.

Manakala pengurus Ospina mengesahkan bahawa pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan itu berpisah secara baik.

"Daniela Ospina dan James Rodriguez, ibu bapa kepada Salome Rodriguez secara rasminya telah berpisah selepas enam setengah hidup bersama.

"Keputusan terbaik telah dibuat dengan persetujuan bersama. Mereka akan kekal berhubung berdasarkan sayang dan hormat, sentiasa meletakkan Salome dihati masing-masing.

"Kedua-dua mereka dari Colombia mendirikan rumah tangga pada usia remaja, Rodriguez 19 tahun manakala Ospina baharu mencapai usia 18 tahun.

Perpisahan itu juga berlaku selepas Rodriquez berpindah ke Munich secara pinjaman selama dua tahun.

James Rodriquez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain