suria

PSG Tawar Di Maria Demi Neymar

PARIS Saint-Germain mahu menghantar Angel Di Maria ke Barcelona selain bidaan sebanyak 195 juta pound sterling dalam usaha untuk memuktamadkan perpindahan terhadap Neymar.

Diario AS melaporkan bahawa bekas pemain Manchester United itu akan digunakan dalam sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Kelab Perancis itu melihat cara tersebut untuk mengelak membayar klausa pelepasan Neymar kepada Barcelona dan menanggung bil cukai bernilai lebih 62 juta pound sterling.

Membayar klausa pelepasan bermaksud PSG perlu membayar Neymar sebanyak 195 juta pound sterling dan kemudian dia mendepositkan sejumlah wang untuk membebaskannya daripada kontrak bersama kelab La Liga itu.

Kaedah pembayaran itu juga bermakna wang tersebut perlu dibayar secara pendahuluan manakala perpindahan yang lebih ortodoks menyaksikan pembayaran dilakukan secara berperingkat.

PSG begitu terdesak untuk memujuk Barcelona supaya memuktamadkan perpindahan itu secara normal selain menawarkan Di Maria kepada mereka.

Diario AS mendedahkan bahawa senarai pendek pemain telah disediakan untuk dimasukkan dalam perjanjian itu dengan Di Maria, salah seorang daripada pemain yang disebut-sebut.

Setakat ini, Barcelona masih belum mahu melepaskan Neymar dan hanya akan menerima tawaran daripada PSG sekiranya bayaran penuh klausa pelepasan dibayar kepada liga tersebut.

Angel Di Maria, Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain