suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Kelantan Wajib Menang

KOTA BHARU: Pasukan Kelantan perlu menang ke atas pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM FC) pada aksi kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Mini UiTM Shah Alam pada Sabtu bagi memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir kempen musim ini.

Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata pasukannya perlu mendapat tiga mata penuh bagi mencerahkan peluang beraksi di peringkat kalah mati.

"Saya yakin kami boleh menewaskan UiTM FC walaupun  kami dibayangi kekalahan teruk 5-0 kepada pasukan Kedah pada saingan Liga Super Selasa lalu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Dalam Kumpulan C Kelantan berkongsi enam mata bersama dua lagi pasukan iatu Kedah dan Melaka United hasil dua kemenangan dan satu kekalahan selepas mengharungi tiga perlawanan dan kedudukan ketiga-tiga pasukan itu hanya dipisahkan oleh jaringan gol.

"Kami  perlu meneruskan perjuangan pada aksi Piala Malaysia yang peluangnya masih terbuka untuk mana-mana pasukan menjuarainya,” katanya.

Zahasmi turut mengingatkan pemain agar tidak memandang  rendah akan kemampuan UiTM FC yang pernah ditewaskan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada awal Julai lalu.-Bernama

Piala Malaysia, kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar-Somedo Bergaduh

Artikel Lain