BAM Lega Keputusan MRI Jin Wei - Sukan SEA 2017 | mStar

BAM Lega Keputusan MRI Jin Wei

KUALA LUMPUR: Perkhabaran positif mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain peseorangan wanita negara, Goh Jin Wei sedikit melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dilakukan oleh Insitut Sukan Negara (ISN) semalam, menunjukkan tiada tanda bekas juara remaja dunia 2015 itu mengalami kecederaan kritikal.

Mohamad Norza turut yakin kecederaan buku lali yang dialami atlet berusia 17 tahun itu sewaktu beraksi di Kejohanan Remaja Asia di Jakarta Isnin lepas  dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

"Bagi saya ini adalah berita baik kerana imbasan MRI yang dilakukan sebanyak dua kali menunjukkan yang Jin Wei tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dia boleh kembali pulih sebelum Sukan SEA berlangsung," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Marina Chin meninjau persiapan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia, dpada Jumaat.

Sehubungan itu, Mohamad Norza menggesa semua pihak supaya tidak memperbesar isu kecederaan tersebut dan memainkan peranan dalam membantu skuad badminton negara mencipta kejayaan pada temasya dwitahunan berkenaan.

"Saya berharap semua pihak terus memberi sokongan bukan sahaja kepada Jin Wei tetapi semua pemain untuk berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Sukan SEA," katanya.-Bernama

KL2017 , Jin Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Velodrom: 500 Anggota Polis Bertugas Di Nilai

Artikel Berkaitan

Atlet Decathlon Negara Cedera

Jaga Diri, Elak Kecederaan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain