suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Coutinho Naik Mendadak!

Philippe Coutinho

LIVERPOOL dilaporkan telah menetapkan harga €150 juta untuk Philippe Coutinho dalam usaha untuk menakutkan Barcelona dan kelab-kelab lain.

Menurut satu laporan oleh Sport, Liverpool sangat terdesak untuk mengekalkan pemain bintang mereka, Coutinho musim panas ini dan meletakkan nilai tinggi €150 juta terhadap sasaran Barcelona itu.

Pada bulan-bulan sebelum ini, Coutinho dianggarkan bernilai €80 juta tetapi kini angka itu kelihatan meningkat hampir dua kali ganda.

Coutinho telah menunjukkan peningkatan sejak dia menyertai Liverpool dari Inter Milan pada musim panas 2013.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudiannya mengukuhkan prestasinya dan perkembangannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat mengagumkan.

Pemain dari Brazil ini juga sering menjadi pilihan bermain untuk negaranya.

Musim lepas mungkin menjadi yang terbaik untuk Coutinho apabila dia membantu Liverpool menamatkan saingan dalam empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Di samping itu, dia turut menyumbang 13 gol dan tujuh assist dalam 31 perlawanan.

Memandangkan kecemerlangannya beberapa bulan kebelakangan ini, tidak mengejutkan banyak kelab bersaing untuk mendapatkannya.

Gergasi Sepanyol, Barcelona dipercayai paling berminat dan telah lama memerhatikan Coutinho, tetapi dengan harga yang meningkat mendadak, kedudukan Coutinho masih belum dapat dipastikan.

Philippe Coutinho, Barca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain