suria

Djokovic Gantung Raket 2017

BAKI beberapa kejohanan tenis musim ini tanpa disertai Novak Djokovic.

Bintang tenis Serbia itu mengesahkan bahawa dia bakal berehat panjang musim 2017 selepas bergelut dengan kecederaan siku sejak beberapa minggu lalu.

Malah bekas pemain nombor satu dunia itu dijangka menarik diri pada aksi Terbuka Amerika Syarikat (AS) September ini.

"Semua doktor sudah menasihati saya, begitu dengan pakar-pakar yang saya temui di Serbia, dan juga di seluruh dunia. Jadi saya terpaksa bersetuju supaya berehat.

"Dalam sukan, cuti panjang memang tidak boleh dipisahkan. Saya akan melakukan apa sahaja untuk kembali pulih," jelas Djokovic kepada media di Belgrade pada Rabu.

Djokovic mengakui tempoh lima bulan mungkin agak panjang untuknya berehat.

"Bagaimana pun, banyak perkara yang boleh saya lakukan. Dan paling penting, saya bersama isteri, Jelena akan menyambut kelahiran anak kedua.

"Kami kini dalam persediaan untuk menyambut ahli keluarga baharu. Perkara seperti ini merupakan saat yang sangat menggembirakan.

"Saya juga yakin, musim baharu nanti saya sudah lebih bersedia."

Djokovic tidak akan menyertai baki enam kejohanan musim ini iaitu, Terbuka AS (28 Ogos-10 Sept), Piala Davis (15-17 Sept), Jelajah ATP Asia (25 Sept-15 Okt), BNP Paribas Paris Masters (30 Okt-6 Nov), Jelajah Akhir ATP (13-19 Nov) dan Piala Davis Kumpulan Dunia Akhir (24-26 Nov).

Novak Djokovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jaga Diri, Elak Kecederaan

Artikel Lain