suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bisikan Mourinho Kepada Neymar

TINDAKAN Jose Mourinho memeluk dan membisikkan sesuatu kepada bintang Barcelona, Neymar menimbulkan pelbagai persoalan.

Neymar yang juga bintang Brazil dilapor akan meninggalkan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) antara kelab yang dilapor sedia mendapatkan khidmatnya.

Mourinho dan Neymar berpelukan sebelum perlawanan yang menyaksikan Manchester United tewas 1-0 kepada Barcelona dalam siri jelajah pramusim ke Amerika Syarikat.

"Saya tidak tahu di mana dia (Neymar) akan bermain musim depan.

"Sebagai jurulatih pasukan lawan, saya hanya suka melihat dia bermain.

"Hanya ada satu kelab untuk Neymar dan Messi. Mereka tidak ada dua kelab seperti Suarez, Iniesta, Pique, Ronaldo, Bale, Modric dan Toni Kroos.

"Mereka berdua akan bermain untuk satu kelab ini sahaja, tiada dua. Mereka milik kelab itu," kata Mourinho kepada wartawan selepas perlawanan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain