suria

Peminat Ronaldo Rupanya Mbappe

Mbappe sewaktu berusia 14 tahun di bilik tidurnya yang dipenuhi gambar Ronaldo. Foto Offise/L'equipe

SIAPA sangka sewaktu usianya masih remaja 14 tahun, dinding bilik tidur Kylian Mbappe dipenuhi gambar-gambar Cristiano Ronaldo.

Penyerang kelahiran Perancis ini mungkin akan berkongsi bilik persalinan yang sama dengan idolanya pada musim akan datang.

Ia susulan hasrat Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe dari kelab Monaco pada musim panas ini.

Jika perpindahan tersebut berlaku, ia menunjukkan perjalanan Mbppe dalam tempoh empat tahun dari seorang peminat kepada rakan pasukan Ronaldo.

Gambar-gambar Ronaldo yang terpampang di bilik tidur di kediamannya di Bondy, pinggir Paris semasa usinya 14 tahun menunjukkan sokongannya kepada bintang Real Madrid itu. 

Terdahulu, dilaporkan Real Madrid sedia menjual pemain termahal kelab itu, Gareth Bale bagi menjana dana untuk membeli Mbappe. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nilai Harry Kane RM562 Juta?

Artikel Lain