suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilai Harry Kane RM562 Juta?

Harry Kane. Foto AFP

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mendedahkan bahawa sekiranya beliau boleh membeli mana-mana penyerang di dunia, beliau akan mendapat pemain Tottenham, Harry Kane.

Chelsea baru-baru ini mencatatkan rekod dengan nilai £70 juta (RM393 juta) bagi mendapatkan Alvaro Morata dari Real Madrid.

Kelab itu tidak akan membida buat Kane pada musim panas ini, tetapi Conte mengagumi bakat anak didik Mauricio Pochettino.

"Bagi saya sekarang, Kane merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia.

"Jika saya mahu membeli seorang penyerang, saya akan memilih Kane," kata Conte.

"Dia merupakan penyerang yang cukup lengkap, kuat dari segi fizikal dalam menangani bola. Jika anda mahu membeli Kane sekarang, mungkin sekurang-kurangnya £100 juta (RM562 juta).

"Bagi saya, jika saya melihat harga ini adalah untuk seorang penyerang yang saya tahu dia adalah penyerang hebat," tambah Conte. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain