suria

United Bukan Kelab 'Favourite' Juara Liga Perdana Musim Depan

Jose Mourinho

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata pasukannya bukan menjadi calon utama untuk memenangi gelaran juara Liga Perdana musim depan, tetapi dapat merasakan bahawa mereka akan memberi tentangan sengit.

United hanya menamatkan musim lepas di kedudukan keenam dalam kempen sulung Mourinho, namun kekecewaan itu diatasi dengan kejayaan dalam Piala EFL dan Liga Europa sekali gus melayakkan mereka bersaing di Liga Juara-Juara 2017/18.

Seperti United, kelab seperti Manchester City dan Chelsea telah berbelanja besar dalam jendela perpindahan musim panas ini dan pertempuran dijangka semakin sengit.

Mourinho juga percaya bahawa Tottenham Hotspur akan kembali berada dalam kalangan kelab yang bakal memberi tentangan walaupun setakat ini menjadi satu-satunya kelab dalam liga yang belum menandatangani pemain.

"Saya tidak fikir kami adalah calon kegemaran untuk meraih gelaran tetapi kami tetap antara calon. Semua orang bercakap mengenai dimensi pelaburan di Man City tetapi ada satu lagi pasukan yang saya rasa dimensi pelaburan mereka juga adalah fenomena - Tottenham. Sehingga kini mereka tak berbelanja apa-apa, betul?, " dia dipetik sebagai berkata oleh The Guardian.

"Mereka mengekalkan semua pemain yang mahu mereka kekalkan, mereka kekalkan Dele Alli, Harry Kane dan Toby Alderweireld, mereka kekalkan Eric Dier, mereka 'simpan' semua pemain yang mereka mahu.

"Mereka menjual Kyle Walker saya rasa mungkin kerana mereka fikir Kieran Trippier sama bagus seperti Walker. Dan dia lebih muda daripada Walker.

"Chelsea adalah juara dan sekarang mereka berbelanja. Kita sedang berada di pertengahan pasaran dan mereka telah membeli Antonio Rudiger, Tiemoue Bakayoko dan Alvaro Morata. Jadi setiap kelab membuat pelbagai jenis pelaburan tetapi semua pelaburan yang tinggi itu hanya untuk memenangi gelaran."

United akan memulakan musim baru liga menentang West Ham United di Old Trafford pada 13 Ogos.

Jose Mourinho, juara EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain