suria

Sanchez Bakal Buat Pilihan

ALEXIS Sanchez bakal bersemuka dengan Arsene Wenger Isnin depan.

Penyerang antarabangsa Chile dijangka kembali ke latihan pra musim kelab minggu depan dan bercadang untuk berbincang mengenai masa depannya di Stadium Emirates.

Sanchez sebelum ini dilaporkan mahu meninggalkan The Gunners, namun Wenger enggan melepaskan.

Pertemuan dua mata minggu depan itu bakal memberi jawapan kepada status sebenar Sanchez.

Dua kelab gergasi, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) hanya menunggu masa untuk mendapatkan Sanchez.

Menurut laporan El Mercurio, Pep Guardiola menjadi peranan utama untuk menyakinkan Wenger supaya menjual Sanchez.

City dipercayai bersedia untuk membayar 50 juta pound kepada Arsenal bagi mendapatkan Sanchez, manakala PSG 44 juta pound.

Kontrak Sanchez bersama Arsenal bakal berakhir musim depan.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jual Bale, Beli Mbappe

Artikel Lain