suria

Real Madrid Pecah Rekod Perpindahan Termahal Dunia

REAL Madrid bersedia membayar pendahuluan 160 juta euro (RM799 juta) diikuti 20 juta euro (RM100juta) kepada Monaco.

Malah Real Madrid sekali lagi bakal memecah rekod perpindahan tertinggi dunia untuk kali keenam bagi mendapatkan Kylian Mbappe.

Florentino Perez cuba mendapatkan pemain berusia 18 tahun itu awal musim ini namun keluarga Mbappe dan penasihat menolak tawaran tersebut memandangkan masa yang belum sesuai.

Namun sejak menjual Alvaro Morata kepada Chelsea dan menghantar James Rodriguez ke Bayern Munich secara pinjaman selama dua tahun, mereka yakin akan kembali membuatkan kelab gergasi Sepanyol itu garang.

Jurulatih Madrid, Zinedine Zidane merukan kunci utama dalam operasi mendapakan Mbappe ini dan turut menyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka.


Mbappe dijangka akan menguatkan barisan depan skuad itu bersama Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Karim Benzema.

Untuk rekod, Madrid sebelum ini melakar sejarah perpindahan termahal pertama pada tahun 2000 dengan menghabiskan 37 juta pound untuk mendapatkan Luis Figo dari Barcelona.

Selepas itu pada tahun 2009, mereka telah melakukan dua transaksi bayaran termahal mendapatkan Kaka dari Milan dengan 50 juta pound dan 80 juta pound mengikat Ronaldo dari Manchester United.

Pada tahun 2013 pula, Madrid membayar Tottenham Hotspur dengan harga 85 juta pound bagi mendapatkan Bale.

Bagaimanapun rekod tertinggi itu berjaya diatasi oleh Manchester United apabila membeli Paul Pogba dari Juventus dengan bayaran 89 juta pound.

Namun rekod itu akan kembali ke Real Madrid dengan pembelian Mbappe ini.

Menurut Madrid, Mbappe bakal menandatangai kontrak selama enam musim dan dijangka menerima gaji 241,000 pound seminggu sebelum dikenakan pelepasan cukai bagi usia 18 tahun.

Kylian Mbappe, Real Madrid

Artikel Sebelum

Liga Malaysia Rehat Pada Ogos

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana

Artikel Lain