Lompat Kijang: Hakimi Hadapi Cabaran Sengit - Sukan SEA 2017 | mStar

Lompat Kijang: Hakimi Hadapi Cabaran Sengit

KUALA LUMPUR: Pemilik rekod Sukan SEA bagi acara lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail akur bahawa beliau bakal berhadapan cabaran sengit untuk mempertahankan pingat emas kejohanan.

Ini kerana Muhammad Hakimi masih belum menemui prestasi terbaiknya iaitu lompatan sejauh 16.76 meter (m) yang dicatatkan ketika meraih emas dan memperbaharui rekod Sukan SEA pada edisi 2015 di Singapura, selepas mengalami kecederaan buku lali kiri pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia tahun lalu.

Berdasarkan prestasi semasa, beliau kini berada di kedudukan kedua di rantau Asia Tenggara di belakang peserta Filipina, Mark Harry Diones.

Catatan terbaik beliau bagi tahun ini adalah 16.45m yang catatkan pada Almaty, Kazakhstan Jun lepas dan 16.33m di Terbuka Malaysia minggu lalu, berbanding Mark yang memecahkan rekod kebangsaan negara itu dengan lompatan sejauh 16.70m pada awal April.

“Memang satu cabaran yang besar buat saya untuk pertahankan pingat emas kerana peluangnya adalah 50-50 antara saya dan Mark. Perbezaannya tidak banyak, siapa yang melakukan yang terbaik pada hari kejohanan akan meraih emas.

“Saya rasa saya masih ada masa bagi saya membuat persiapan rapi dan meningkatkan prestasi untuk buat yang lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Hakimi menjadi wira negara apabila menamatkan penantian 18 tahun untuk merangkul pingat emas dengan mencatatkan rekod kejohanan di Stadium Nasional Singapura.

Kali terakhir Malaysia meraih emas bagi acara tersebut ialah pada Sukan SEA 1997 di Indonesia menerusi Mohd Zaki Sadri dengan catatan 16.05 meter.

Sukan SEA , KL2017

Artikel Sebelum

Silat: Skuad Negara Fokus Lapan Emas

Artikel Berikut

Khairy Mahu Takraw Sumbang Emas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain