Harimau Kumbang Tak Ambil Mudah Ketiadaan Dollah - Sukan | mStar

Harimau Kumbang Tak Ambil Mudah Ketiadaan Dollah

PETALING JAYA: Skuad Harimau Kumbang enggan ambil mudah ketiadaan jurulatih Pahang, Dollah Salleh dalam skuad Tok Gajah menjelang pertemuan Liga Super di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, malam Rabu.

Sebaliknya, Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan mahu anak buahnya bangkit melipatkan gandakan usaha untuk melakar kemenangan ke atas Pahang di hadapan penyokong sendiri.

"Ketiadaan Dollah tidak harus kita pandang mudah. Pemain Pulau Pinang kenalah bijak ambil kesempatan dan guna kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Itu amat penting ketika ini. Kita tahu pasukan Pahang di kedudukan tiga teratas, jadi kita perlu lipat gandakan utama untuk menang ke atas mereka," katanya kepada mStar Online.

Menurut Zainal, beliau yakin peluang Pulau Pinang untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan masih belum tertutup.

Kata beliau, anak buahnya harus mengejar kemenangan demi kemenangan dalam baki lima perlawanan yang masih perlu diharungi.

"Kalau nak kira lima perlawanan dengan perbezaan mata pasukan di atas Pulau Pinang, harapan masih ada lagi, belum tertutup, jadi pemain kena berkerja keras mengejar peluang ini.

"Kita akan lawan sampai ke saat akhir untuk memastikan pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan," katanya.

Pasukan Pahang bertandang ke Stadium Negeri Pulau Pinang tanpa kelibat Dollah.

Mengulas mengenai prestasi pasukan, Zainal berkata anak buahnya masih lemah ketika berada di depan pintu gol.

"Dari segi persembahan ada peningkatan dari semasa ke semasa tapi pemain masih lemah di hadapan gawang. Mereka kena tingkatkan peluang untuk jaringkan gol selepas ini," katanya.

Pulau Pinang kini kekal di tangga tercorot liga dengan mengutip sembilan mata selepas hanya mencatat dua kemenangan daripada 17 perlawanan.

Pahang pula menduduki tangga ketiga berbekalkan 30 mata selepas mengharungi 17 perlawanan setakat ini.

Walaupun berada dalam kelompok tiga pasukan teratas, skuad Tok Gajah turut dihimpit tekanan selepas Dollah digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman yang berkuatkuasa Jumaat lepas itu dikenakan terhadap ketua jurulatih Tok Gajah itu di atas kelantangan beliau mengkritik mutu pengadilan.

Pulau Pinang , Zainal Abidin Hassan

Artikel Sebelum

Wenger Mungkir Janji - Perez

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Dua Sebab Pulau Pinang Perlu Kekal

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain