suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesej Pemindahan Mourinho Kepada Bale Mengejutkan

JOSE MOURINHO mengeuarkan kata-kata yang mengejutkan kepada Gareth Bale ketika bersalaman dengan pemain Real Madrid di dalam terowong sebelum perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa.

Bale, 28, antara pemain yang sentiasa dikaitkan dengan Manchester United, namun pemindahan itu masih belum berlaku sehingga kini.

Bagaimanapun, hasrat United untuk mendapatkan Bale bukan lagi rahsia apabila ia diluahkan Mourinho sendiri ketika bersalam dan berpeluk dengan pemain itu

Bekas pengendali Real Madrid itu dilaporkan berkata," Saya tidak dapat membeli kamu kerana kamu tidak bercakap dengan saya" sambil memeluk Bale

Ketika ditanya wartawan selepas perlawanan, Mourinho turut menjelaskan bahawa United tidak boleh mendapakan pemain Wales itu kerana dia gembira di Bernabeu.

"Dia berada di kelab itu dengan situasi yang baik ketika ini.

"Dia tidak rasa untuk tinggalkan Real, kenapa kita perlu habiskan masa dan tenaga (untuk dapatkan Bale)," jelasnya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain