suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Pujuk Lukaku Sertai Manchester United

ROMELU Lukaku tidak mampu menepis pelawaan untuk menyertai Manchester United selepas mendengar rancangan Jose Mourinho untuk "membina semula kelab itu".

Sepanjang musim panas, pemain berusia 24 tahun itu seakan-akan ingin meninggalkan Everton untuk menyertai Chelsea, namun United rupanya sudah lama mengintai bintang kelahiran Belgium itu.

Mourinho bertanggungjawab ketika Lukaku diberi lampu hijau untuk meninggalkan Stamford Bridge, tetapi selepas tiga tahun dia kini melihat penyerang itu sebagai kunci pelengkap kelabnya di Old Trafford.

Lapor Eurosport, United telah mengeluarkan 'modal' awal sebanyak 75 juta pound sterling untuk Lukaku.

"Kami sedang bercuti bersama," ujar Lukaku yang pergi bercuti dengan pemain tengah United dan Perancis di Los Angeles sewaktu perpindahan itu selesaI.

"Saya perlu membuat pilihan sendiri. Perbualan dengan pengurus tentang bagaimana dia mahu membina semula kelab dan keiginannya untuk menjadikan saya sebahagian daripada rancangan tersebut telah meyakinkan saya.

"Saya bersyukur dengar peluang ini," kata Lukaku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain