suria

Gerard Pique ‘Sahkan’ Neymar Kekal Di Barcelona

GERARD Pique seolah-olah mengesahkan bahawa bintang Brazil, Neymar tidak akan meninggalkan Barcelona biarpun sedang hangat dengan laporan dia diintai Paris Saint-Germain (PSG).

Pemain Barca itu hanya menggunakan dua perkataan, "Se queda", yang diterjemahkan sebagai "tetap", untuk menyampaikan khabar berita kepada semua peminat Barca yang telah lama berteka-teki dengan status Neymar.

Pique memuat naik sekeping gambarnya bersama Neymar dengan caption tersebut di Twitter pada pukul 4.55 pagi Isnin.

Setakat ini, status berkenaan sudah mendapat 71,183 ulang kicau dan 118,228 tanda suka.

Memetik laporan Eurosport, biarpun tiada pengesahan rasmi daripada Barcelona mahupun Neymar, kenyataan Pique menamatkan spekulasi perpindahan terbesar musim ini.

Kira-kira 10 hari lalu, berita perpindahan Neymar ke PSG menjadi buah mulut peminat kerana ia dijangkakan bakal menjadi perpindahan termahal dalam dunia bola sepak.

Namun, spekulasi itu diakhiri dengan gaya tipikal Pique.

Neymar, Gerard Pique, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain