suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Tundukkan Real Madrid

MANCHESTER United berjaya menewaskan Real Madrid dalam perlawanan pra-musim melalui penentuan penalti selepas permainan terikat 1-1 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa awal pagi ini.

Sebelum itu, United terlebih dahulu di depan apabila Anthony Martial berjaya melepaskan diri daripada kawalan empat pertahanan Real sebelum Jesse Lingard mudah menolak masuk bola hantarannya.

Bagaimanapun, harapan penyokong untuk melihat United menang mudah tidak kesampaian apabila Victor Lindelof menjatuhkan Theo Hernandez dan membolehkan Casemiro menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Permainan yang tamat dengan kedudukan -1-1 memaksa penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti.

Meskipun kedua-dua pasukan dibarisi pemain bertaraf bintang, namun nasib ketika sepakan penalti tidak begitu baik apabila Martial gagal menyempurnakan sepakan pertama buat United.

Malang sama bertukar kepada Real, sebelum United berjaya menamatkan keseluruhan permainan dengan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Jose Mourinho.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain