suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Arsenal Alami Keracunan Makanan

PASUKAN Arsenal dilanda keracunan makanan semasa siri jelajah pra musim di China.

Per Mertesacker dan Olivier Giroud tidak diturunkan ketika pasukan itu menang 3-2 menerusi penentuan penalti ke atas Bayern Munich selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sead Kolasinac pula terpaksa dikeluarkan lebih awal selepas muntah di atas padang.

Theo Walcott dan Aaron Ramsey juga tidak sihat tetapi masih boleh diturunkan dari bangku simpanan.

Salah seorang kakitangan Arsenal di bahagian sokongan turut mengalami keracunan makanan.

Laurent Koscielny direhatkan kerana masalah belakang manakala pembantu pengurus Steve Bould diterbangkan ke England bagi menjalani pembedahan di Australia.

"Ada virus melanda kem pasukan. Doktor percaya pemain mengalami keracunan makanan. Mertesacker dan Giroud tidak sihat, begitu juga Kolasinac.

"Theo Walcott dan Aaron turut mengalami masalah itu tetapi tidak teruk. Saya tidak tahu apa yang mereka makan," kata Wenger.

Arsenal akan berlepas ke Beijing di mana mereka akan bertemu Chelsea pada Sabtu dalam aksi pra musim keempat dan terakhir mereka.

Arsenal, keracunan makanan

Artikel Sebelum

Jun Hoong Juara Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain