suria

Chelsea Semakin Hampir Dapat Pengganti Costa

Costa turut menyatakan hasrat meninggalkan Stamford Bridge.

CHELSEA mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid untuk melengkapkan perpindahan penyerang pasukan itu ke Stamford Bridge.

Menurut kenyataan rasmi Chelsea, proses perpindahan Alvaro Morata hanya menunggu isyarat daripada pemain berusia 24 tahun itu sama ada dia bersetuju dengan syarat peribadi yang ditetapkan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

"Morata merupakan penyerang kebangsaan Sepanyol dan membantu Real menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua musim lalu," demikian menurut kenyataan itu.

Alvaro Morata.

Morata dikaitkan dengan Manchester United tetapi Jose Mourinho memilih untuk menandatangani Romelu Lukaku.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte begitu terdesak untuk mendapatkan Morata selepas mengumumkan Diego Costa tidak tersenarai dalam perancangan pada musim depan.

Nilai perpindahan itu dianggarkan sekitar 70 juta pound sterling.

Morata menjaringkan sembilan gol dalam 20 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dia kini menyertai siri jelajah bersama Real Madrid di Amerika Syarikat.

Perjanjian itu dicapai selepas Conte menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea.

Chelsea, Alvaro Morata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain