suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyokong City Terpaksa Langgan MUTV

PENYOKONG Manchester City terpaksa melanggan siaran rasmi televisyen musuh setempat, Manchester United sekiranya berhasrat menonton pertembungan kedua-dua kelab itu pada perlawanan pramusim pada Jumaat.

City dan United akan bertemu di Houston, Amerika Syarikat pada saingan Piala Juara-Juara yang merupakan persediaan sebelum bermulanya musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Namun siaran secara langsung perlawanan itu hanya disiarkan menerusi MUTV yang merupakan rangkaian rasmi United dan penyokong Citu perlu melanggan siaran tersebut.

Ini kerana MUTV memegang hak penyiaran untuk perlawanan di Britain dan Ireland.

Jika penyokong City mahu, mereka perlu membayar 7 pound sterling untuk menonton perlawanan itu atau memilih siaran yang disiarkan secara haram di Internet.

Maka tidak hairan penyokong City berasa berang dengan berita tersebut dan kelab berkenaan turut menyediakan pilihan lain kepada peminat setia The Citizen untuk menonton perlawanan berkenaan. - Metro.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain