suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Owen Ramal Jumlah Jaringan Lukaku

BEKAS penyerang Liverpool, Michael Owen yakin bahawa penyerang termahal Manchester United, Romelu Lukaku akan menyinar bersama kelab baharunya pada musim depan.

Owen yang juga pernah menyarung jersi United turut meletakkan sasaran bahawa Lukaku akan menjaringkan sekurang-kurangnya 20 semusim bersama The Red Devils.

Penyerang kelahiran Belgium itu membuka koleksi gol pertama bersama United pada perlawanan persahabatan menentang Real Salt Lake menerusi kemenangan 2-1 pada Isnin.

"Lukaku pernah bermain di Chelsea, jadi dia mengetahui tentang kelab itu.

"Saya tidak tahu bagaimana perkara sebaliknya berlaku (Lukaku Menyertai United), tetapi ia merupakan perjanjian yang bagus," kata Owen kepada Metro.uk.

Lukaku dikatakan hampir menyertai semula Chelsea pada awal bulan ini tetapi United berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu dengan nilai perpindahan mencecah 75 juta pound sterling.

Romelu Lukaku

Artikel Berikut

Neymar Terima Tawaran PSG?

Artikel Lain