suria

Neymar Terima Tawaran PSG?

Neymar. Foto AFP

NEYMAR dilaporkan menerima tawaran Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelab Perancis itu menyentuh klausa pelepasannya berjumlah £195 juta (RM1.09 bilion).

Saluran sukan Brazil, Esporte Interativo melaporkan bahawa bintang Barcelona itu bersetuju dengan terma bersama PSG susulan tawaran £195 juta itu.

Bagaimanapun, PSG pada Selasa mengulas dakwaan itu kepada L’Equipe bahawa mereka tidak mahu terjebak dalam 'drama Neymar' dan menunjukkan harga yang diminta masih tidak diselesaikan.

Isu terbaharu pada Isnin lalu selepas akhbar Barcelona, Sport mengeluarkan berita yang memetik sumber terdekat dengan pemain kelahiran Brazil itu yang mendakwa beliau tidak gembira di kelab itu kerana masih dibayangi Leo Messi dan Luis Suarez. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Untunglah Conte

Artikel Lain