suria

Cari Kelab Baharu Guna Media Sosial

Zaccardo (kanan) meraikan kemenangan Itali pada aksi Piala Dunia 2006 bersama Simone Barone dan Fabio Cannavaro.

BINTANG bola sepak Itali, Cristian Zaccardo mencari kelab baharu menerusi media sosial, Linkedln.

Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu yang melakukan tiga penampilan ketika Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006 mewakili Vincenza dalam Serie B pada musim lalu.

Namun malangnya kelab itu tersingkir daripada saingan Serie B.

Zaccardo kini tidak lagi bersama Vincenza dan bebas menyertai mana-mana pasukan.


Susulan itu beliau yang kini bebas ejen menggunakan media sosial untuk mencari kelab baharu.

"Saya membatalkan kontrak bersama Vicenza yang sepatutnya berakhir pada Jun 2018.

"Saya kini bebas. Saya masih memiliki kekuatan fizikal yang baik, saya boleh bermain dua tahun lagi di peringkat tertinggi. Sesiapa yang mendapatkan khidmat saya akan mendapat tawaran terbaik.

"Pemain bola sepak yang serius dan kuat!," katanya.

Zaccardo pernah menyarung jersi AC Milan, Parma dan Wolfsburg sebelum ini.

Cristian Zaccardo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain