suria

Pesanan Mourinho Sebelum Lukaku Dapat Jaring Gol

JOSE MOURINHO mendedahkan percakapanya dengan Romelu Lukaku beberapa minit sebelum penyerang baharu Manchester United itu menjaringkan gol ketika menentang Real Salt Lake.

Pemain kebangsaan Belgium itu berjaya mengawal bola dengan baik, sebelum melepasi penjaga gol lawan dan menjaringkan gol pertamanya bersama skuad berkenaan.

Namun sebelum menjaringkan gol tersebut, Mourinho telah berkata sesuatu ketika Lukaku mendapatkan minuman di tepi padang.

"Ketika dia datang untuk mengambil air beberapa minit sebelum menjaringkan gol, saya memberitahunya " saya suka semuanya yang kamu lakukan di atas padang, jangan bimbang jika tidak jaringkan gol, ia tidak penting""

"Dia mengawal bola dengan baik, bermain dengan satu dan dua sentuhan dengan baik. Dia membantu, melakukan pergerakan dan menyerang.

"Dia melakukan tugas dengan baik ketika kami hilang bola selain memberi tekanan kepada lawan.

"Saya suka semua yang dilakukan Lukaku. Perubahan baik berbanding empat tahun lalu. Gol itu adalah pelengkap bukan sesuatu yang penting," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.


Manchester United, Romelu Lukaku

Artikel Berikut

Artikel Lain