suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vasco da Gama Main Di Gelanggang Berkecuali

RIO DE JANEIRO: Kelab bola sepak Vasco da Gama terpaksa bermain enam perlawanan di tempat sendiri di gelanggang berkecuali susulan insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang penyokong terbunuh awal ini, lapor agensi berita Xinhua.

Tribunal yang dianggotai tiga panel hakim itu berpendapat kelab itu turut bersalah dalam pergaduhan penyokong yang berlaku semasa aksi Serie A Brazil antara Vasco dan Flamengo 8 Julai lalu di Stadium Sao Januario.

Pergaduhan tercetus setelah Vasco, selaku tuan rumah kalah 1-0 kepada Flamengo.

Insiden berkenan menyebabkan seorang penonton, Davi Rocha Lopes, 27, terbunuh setelah terkena tembakan di leher manakala dua lagi penyokong turut cedera terkena peluru sesat.

Flamengo turut didenda 5,000 reais (kira-kira US$1,500) kerana didapati gagal memastikan kelakuan penyokong mereka terkawal.

Mahkamah sukan negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata kedua-dua kelab berkenaan dijangka akan mengemukakan rayuan.

Tragedi kali ini adalah yang terbaharu dalam siri keganasan melibatkan bola sepak di Brazil.

Menurut laporan media tempatan, insiden keganasan melibatkan penyokong bola sepak telah mengorbankan lebih 20 peminat sukan itu sejak 1997.-Bernama

Vasco Da Gama, Penyokong, Bergaduh

Artikel Sebelum

‘Tiada Idea’ - Mourinho

Artikel Lain