suria

Bayern Lupakan Sanchez

ARSENAL sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila kelab gergasi Jerman, Bayern Munich tidak berminat mendapatkan perancang utama Gunners, Alexis Sanchez.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigg mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan menandatangani Sanchez kerana menyifatkan perpindahan itu sebagai mengarut.

Juara Bundesliga itu sebelum ini menjadikan Sanchez sebagai sasaran utama tetapi kecewa dengan tuntutan gaji pemain kelahiran Chile itu yang menyebabkan mereka hilang minat.

Bayern sudah menambah tiga pemain penyerang pada musim ini dengan menandatangni James Rodriguez dari Real Madrid, Serge Gnabry (bekas pemain Arsenal) dan Kingley Coman (Juventus).

Disebabkan itu, Rummenigge dan pengurus Bayern, Carlo Ancelotti tidak lagi berminat menandantangi pemain penyerang baharu dan tidak mahu meneruskan rundingan mendapatkan Sanchez.

"Saya tidak tahu apa yang dikatakan (Sanchez) tetapi kami tidak lagi terlibat.

"Saya dan Ancelotti sudah mencapai persetujuan bahawa tiada lagi pemain penyerang yang akan dibeli. Ianya (pembelian Sanchez) adalah mengarut," katanya menurut laporan Mail Online.

Sanchez sebelum ini memberitahu Arsenal bahawa dia akan berhijrah ke kelab lain untuk bermain di Liga Juara-Juara selepas The Gunners gagal berbuat demikian pada musim depan.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya berbaki kontrak selama setahun dan usaha mengekalkannya di Emirates tampak sukar kerana dia meminta gaji setinggi 300,000 pound seminggu.

Seteru utama Arsenal di Liga Perdana Inggeris, Manchester City mungkin menjadi destinasi pilihan Sanchez selepas kelab The Citizens itu menyuarakan hasrat mendapatkan khidmat pemain Chile tersebut.

Artikel Sebelum

Aguero Bukan Untuk Dijual

Artikel Berikut

Artikel Lain