suria

Aguero Bukan Untuk Dijual

MANCHESTER City tidak berhasrat untuk melepaskan penyerang berbisanya, Sergio Aguero kepada Chelsea.

Perkara itu ditegaskan oleh Aguero dan ejennya sendiri yang menyatakan mereka masih mengekalkan hubungan baik dengan pengurus City, Pep Guardiola.

Khabar angin mengatakan masa depan Aguero di City tergugat selepas kehadiran penyerang muda baharu, Gabriel Jesus yang tampil dengan aksi berkualiti pada musim lalu.

Namun Guardiola dan pengerusi City, Khaldoon Al Mubarek berpendirian bahawa mereka tidak akan menjual pemain pilihan penyokong itu.

"Saya sudah membaca banyak spekulasi berhubung perkara ini dan ianya mengarut.

"Aguero merupakan antara pemain terbaik dunia dan kami merupakan pasukan yang mempunyai inspirasi untuk memenangi setiap pertandingan yang disertai," kata Khaldoon.

Pendirian Khaldoon itu sekali gus menutup ruang buat juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea untuk membawa Aguero ke Stamford Brigde.

Chelsea memulakan misi pencarian menggantikan penyerang bermasalah, Diego Costa yang mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab lamanya, Atletico Madrid.

Selain Aguero, penyerang Real Madrid, Alvaro Morata dan penyerang Borusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang turut menjadi buruan Chelsea. - MAIL ONLINE

Sergio Aguero, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bayern Lupakan Sanchez

Artikel Lain