suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faiz Memang Istimewa - Jurulatih

Faiz Subri (dua, kiri) meraikan jaringan golnya ketika menentang Melaka United pada perlawanan Bola Sepak Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat, Ahad malam. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Memang kelebihannya dalam sepakan percuma, demikian diakui Zainal Abidin Hassan.

Ketua Jurulatih Pulau Pinang itu memberitahu, kelebihan yang ada dalam diri Mohd Faiz Subri memang tidak boleh dinafikan lagi selepas nyaris menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika aksi Liga Super bertemu Melaka United pada Ahad.

Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan S.Kumaahran pantas menanduk pantulan bola tersebut ke arah gol pada minit ke-61.

"Dia (Faiz) menggunakan sebaiknya kelebihan yang dimiliki itu. Apa yang penting, Faiz sentiasa berusaha untuk memperbaiki sepakan percuma.

"Pada perlawanan semalam (Ahad) dia nyaris melakukan sepakan seperti yang dibuat sebelum ini. Namun terkena palang. Tetapi ia tetap menarik," jelasnya kepada mStar Online.



Tambah Zainal, sebelum ini nama Faiz jarang berada dalam senarai utama kerana pemain berusia 29 tahun itu dalam proses pemulihan.

"Ketika saya mengambil alih pasukan ini, Faiz masih lagi cedera dan menjalani proses pemulihan. Sebab itu dia tidak 'fit' untuk disenaraikan sebagai pemain utama sebelum ini.

"Tetapi dia seorang pemain yang kuat semangat kerana sentiasa berlatih bersungguh-sungguh sehinggalah berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan pemain utama.

"Dia jenis pemain yang tidak mensia-siakan peluang di padang. Beberapa pemain lain kadang-kala tidak cuba mempertahankan posisi masing-masing.

"Dan saya yakin jika dia terus bekerja keras, sepakan ajaib dan unik yang dia lakukan dulu akan berlaku lagi," kata Zainal.

Selain menjadi tumpuan dalam sepakan percuma tersebut, pemenang Puskas 2016 itu juga berjaya mengejutkan pihak lawan dengan gol pertama buat Harimau Kumbang itu seawal minit kelima permainan.

Untuk rekod, jaringan ajaib  dilakukan Faiz ketika membantu pasukan Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang di Stadium Bandaraya pada 16 Februari 2016.

Faiz Subri, Zainal Abidin Hassan

Artikel Sebelum

United Intai Ivan Perisic

Artikel Berikut

AC Milan Ikat Pemain Lazio

Artikel Lain