suria

Alexis Sanchez Bagi Isyarat!

Alexis Sanchez

ALEXIS Sanchez telah memberikan isyarat akan 'angkat kaki' dari Arsenal selepas menyatakan keinginannya untuk bermain di Liga Juara-Juara.

Arsenal gagal mara ke saingan tertinggi antara kelab-kelab Eropah buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun setelah hanya mampu menamatkan saingan di posisi kelima Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Walaupun Sanchez mampu menunjukkan prestasi terbaik dalam kariernya setelah berjaya menjaringkan 24 gol dalam liga, di sebalik itu dia nampak tidak bahagia di Stadium Emirates, khususnya ketika Arsenal kalah 10-2 secara agregat kepada Bayern Munich dalam pusingan 16 kelompok terakhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Penyerang itu kini hanya mempunyai baki kontrak satu tahun di Arsenal.

Pemain kebangsaan Chile ini buat pertama kali telah menyatakan keinginannya dalam satu wawancara televisyen di tanah kelahirannya.

"Saya ingin bermain di Liga Juara-Juara. Keputusan bukan berada di tangan saya, saya harus menunggu Arsenal," kata Sanchez kepada Canal 13.

Pengurus, Arsene Wenger juga menafikan khabar yang mendakwa Sanchez sudah sepakat menandatangani kontrak baru selepas Arsenal meraih kemenangaan 3-1 ke atas Western Sydney Wanderers, Sabtu.

Namun, Wenger tetap yakin Sanchez yang kini sedang bercuti selepas membawa Chile tampil di final Piala Konfederasi akan tetap bertahan di Arsenal.

Manchester City menjadi kelab yang paling dikaitkan dengan Sanchez, tetapi Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Inter Milan juga dikhabarkan tertarik untuk mendapatkan khidmatnya.

Alexis Sanchez, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Lain